Friday 22 April 2011

Pendekatan,kaedah serta cara mengajar penulis

1.0       PENDAHULUAN
 Penulisan juga  satu proses yang melibatkan penyusunan dan pembentangan idea-idea oleh penulis tentang sesuatu isu untuk dipersembahkan kepada pembaca. Setiap idea yang disampaikan itu hendaklah jelas maksudnya iaitu berkemampuan menyalurkan idea kepada pembaca, menerusi penggunaan bahasa yang tepat dan berkeupayaan menggunakan teknik penulisan yang sesuai.
Ramai pakar bidang penulisan bahasa berpendapat bahawa menulis adalah satu kemahiran yang memerlukan penulis mengeluarkan idea, merancang dan menyiapkan teks penulisan mengikut peratusan lazim penulisan standard (Graham 1982; Graham & Harris 1989; Graham, Harris & Sawyer 1987; Graham, Harris, MacArthur & Schwartz 1991; MacArthur & Graham 1987). Menurut Tindal & Marston (1990), menulis memerlukan kemahiran bahasa seperti bertutur, membaca, mengeja dan seterusnya. Penulisan juga memerlukan integrasi pelbagai peraturan, kemahiran dan proses seperti tingkah laku kompleks yang lain (Johnson & Grant 1989).
Menurut Kamarudin Hj.Husin (2002) konsep pengajaran tatabahasa wacana dalam penulisan sekolah menengah mempunyai beberapa tujuan. Antaranya membolehkan pelajar bercerita dan berhujah tentang sesuatu kejadian ,cerita atau tajuk bagi perbincangan. Selain itu membolehkan pelajar menulis pengalaman sendiri, cerita ,penerangan atau laporan dan menulis surat kiriman formal atau tidak formal.
 Menurut Zainol Ismail(2003:7), bentuk penulisan dibahagikan kepada dua jenis iaitu berformat dan bebas. Penulisan berformat terdiri daripada surat kiriman rasmi, surat kiriman tidak rasmi syarahan, ucapan, ceramah, perbahasan, rencana, laporan, dialog, berita dan catatan. Penulisan tidak berformat terdiri daripada penulisan rangsangan bergambar, pengalaman/cerita, jenis fakta, perbincangan, melengkapkan cerita, jenis autobiografi dan peribahasa.
Salleh Mohd Akib (dalam Kamarudin Hj Husin,1988:198) pula membahagikan penulisan kepada tiga jenis, iaitu penulisan lisan, bertulis dan terkawal. Secara umumnya supaya lebih mudah difahami,penulisan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu penulisan lisan dan bertulis.

1.     Penulisan Lisan:
            Aktiviti  latihan bercakap untuk menulis dengan menggunakan bahasa yang diajar turut  dipraktikkan dalam bilik darjah. Menurut Kamarudin Hj. Husin (2001:281) antara teknik-teknik  pengajaran yang boleh dijalankan dalam kelas ialah:
§         Bersoal jawab perkara-perkara  yang dialami pelajar dalam kehidupan hariannya.
§         Menceritakan semula cerita yang pernah didengar daripada ibu bapa,guru, orang lain, buku, majalah atau bahan bacaan lain.  Teknik ini mengalakkan kanak-kanak untuk meluaskan pengalaman mereka tanpa batasan.
§         Membuat draf, menyemak dan menyelesaikan cerita mereka sendiri
§         Penulisan bergambar iaitu latihan bercakap mengenai gambar atau carta aliran yang disediakan.


2.       Penulisan Biasa
Penulisan ini  adalah kesinambungan daripada penulisan lisan (Pg. Mahmud Pg. Damit,1997).Penulisan ini dilakukan setelah pelajar menjalani latihan praktikal dalam bahasa lisan.Penulisan ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu penulisan terkawal dan penulisan bebas.

          i.   Penulisan Terkawal
Menurut Salleh Mohd Akib (dalam Kamarudin Hj Husin,2001:283),  dalam penulisan terkawal segala isi dan penulisan dikawal oleh guru.Guru mengawasi susunan dan bahasa dalam penulisan ini untuk mengurangkan berlakunya kesilapan. Penulisan terkawal dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu sepenuhnya terkawal, separuh terkawal dan hampir terkawal.
ii  .Penulisan Bebas
Pengajaran dan penulisan jenis ini hanya dapat dilakukan setelah pelajar boleh menguasai bahasa dengan baik. Guru lebih banyak bertindak sebagai pembimbing dan memberikan perhatian  kepada kesilapan  yang dilakukan oleh pelajar dalam perbendaharaan kata, isi dan pembinaan ayat berdasarkan tajuk penulisan yang diberi. Bahan bantu mengajar banyak membantu guru dalam aktiviti pengajaran mereka. Ini membolehkan pelajar membina struktur  ayat yang gramatis dan menghasilkan penulisan  wacana tatabahasa yang berkualiti.
   
2.0  SOALAN TUGASAN 
Kaedah dan teknik pengajaran dalam bilik darjah amat penting dalam memastikan pelajar dapat memahami dan mengaplikasi hasil daripada pengajaran  yang dilaksanakan. Penulisan wacana sekolah menengah juga mempunyai banyak kaedah pengajaran yang boleh digunakan bagi memastikan pelajar dapat menulis dengan baik. Namun pendapat mengatakan bahawa tidak ada satu pun pendekatan, kaedah atau teknik yang paling sesuai digunakan dalam bilik darjah, kecuali setiap pendekatan, kaedah dan  teknik tersebut disesuaikandengan tajuk penulisan yang hendak diajar.
Berdasarkan kenyataan di atas berikan pandangan anda dengan berpandukan soalan berikut :
2.1              Kaitkan Pandangan Tersebut Dengan Dua Pendekatan Pengajaran Penulisan Yang  Dikemukakan oleh Raimes
Menurut Abdullah Hassan (1987:412) , pendekatan merupakan satu kumpulan prinsip atau andaian yang berkaitan dengan bahasa, pengajaran dan pembelajaran bahasa. Sesuatu pendekatan itu harus mencerminkan pandangan mengenai apa sebenarnya bahasa itu, cara bahasa itu diperolehi, bagaimana bahasa itu dilahirkan serta perkara-perkara yang mengawal bahasa itu.

            Terdapat dua bentuk penulisan wacana di sekolah rendah dan menengah. Pertama penulisan wacana berformat. Penulisan wacana berformat mesti ditulis mengikut cara tertentu. Penulisan berformat yang tidak ditulis mengikut format yang ditetapkan, maka boleh menjejaskan konsep wacana ( Sulaiman Masri,1998 ). Kedua penulisan wacana tidak berformat. Wacana tak berformat dalam tatabahasa bahasa Melayu dimaksudkan sebagai penulisan yang bebas daripada sebarang ikatan penggunaan format ( Kamarudin Hj.Husin, 1988 ).

Dalam pengajaran  penulisan wacana terdapat pelbagai pendekatan yang dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Tidak ada satu pun pendekatan yang paling sesuai digunakan di bilik darjah, melainkan ianya perlu disesuaikan dengan topik penulisan yang hendak diajar.
Raimes ( dalam Jurian Long, dan rakan-rakan,1990-214 ) berpendapat bahawa terdapat beberapa pendekatan pengajaran penulisan. Antaranya ialah :
A.     Pendekatan Terkawal;
B.     Pendekatan Bebas;
C.     Pendekatan Pola – Perengganan;
D.     Pendekatan Tatabahasa Sintaksis-organisasi;
E.      Pendekatan Komunikatif; dan
F.      Pendekatan Proses.
            Dua pendekatan yang saya pilih untuk pengajaran penulisan ialah
1.      Pendekatan Terkawal
2.      Pendekatan Pola-Perenggan

2.1.1    Pendekatan Terkawal
            Pendekatan terkawal ialah pendekatan yang dirancang secara berurutan supaya murid-murid menguasai suatu unsur penulisan dan ketatabahasaan. Murid-murid dikehendaki menyudahkan tugasan berdasarkan bahan serta mematuhi arahan-arahan yang ditetapkan.Pendekatan ini mula digunakan pada tahun 50-an dan 60-an, iaitu pada zaman pendekatan audio-lingual.Menerusi pendekatan ini, semasa pengajaran penulisan murid-murid dipandu atau dikawal supaya pelajar tidak membuat kesilapan.  Pendekatan terkawal juga merupakan latihan penulisan yang isi kandungan dan bentuknya disediakan dan disudahkan murid berdasarkan arahan yang ditetapkan. Pada peringkat permulaan kawalan yang diberi oleh guru lebih banyak, tetapi kawalan ini beransur-ansur kurang pada peringkat selanjutnya. Walau bagaimanapun , mereka mempunyai kebebasan untuk memilih penbendaharaan kata dan menggunakan struktur ayat mereka sendiri.

Dalam pendekatan terkawal, guru merancang dan  menyediakan aktiviti-aktiviti secara berurutan dalam langkah pengajarannya supaya murid dapat menguasai sesuatu unsur  penulisan dan ketatabahasaan. Pendekatan ini menekankan ketepatan daripada kemahiran dan keaslian.
Meliputi pengajaran yang bersistem dan beransur-ansur; daripada kegiatan meniru hingga penulisan bebas. Murid-murid dikehendaki  membuat latihan berdasarkan gambar serta mematuhi arahan-arahan yang diberikan. Guru perlu memastikan penggunaan bahan pengajaran pembelajaran adalah fleksibel dan sesuai dengan peringkat kebolehan dan kefahaman murid.
Penggunaan bahan-bahan pengajaran /pemelajaran yang fleksibel yakni boleh menerapkan pelbagai jenis karangan,boleh disesuaikan dengan peringkat kelas,boleh merentas kurikulum, dan sebagainya.

Antara aktiviti-aktiviti yang sesuai dalam pendekatan ini ialah:
                                 §            Menyusun perkataan atau frasa
                                 §            Melengkapkan ayat atau mengisi tempat kosong
                                 §            Menyusun ayat
                                 §            Menukar dialog kepada karangan
                                 §            Menulis karangan berdasarkan gambar bersiri, menyusun ayat sehingga membentuk sebuah karangan yang lengkap.
                                 §            Menysun bahagian pendahuluan, bahagian isi dan bahagian penutup untuk membentuk sebuah karangan lengkap berstruktur.bersturuktur…

             Dalam aktiviti mengisi tempat kosong atau melengkapkan ayat, bentuk kawalan yang dilakukan oleh guru adalah seperti berikut :
a.       Murid-murid mengisi tempat kosong dengan perkataan-perkataan, contohnya penyambung dan frasa. Kadang-kadang guru memastikan perkataan-perkataan atau frasa yang perlu digunakan.
b.      Guru memberi senarai frasa atau perkataan yang ada kaitan dengan sesuatu tajuk,murid-murid perlu membuat ayat untuk melengkapkan frasa itu. Frasa atau perkataan disediakan oleh guru,bertujuan mengurangkan kesilapan dalam penulisan.
c.       Guru memberikan satu petikan atau teks  yang menggambarkan satu peristiwa atau kejadian kepada murid-murid, kemudian menyuruh murid-murid mengambarkan keseluruhan pengalaman.

Contoh :
1.      Kalau saya seorang angkasawn ………….
2.      Surat yang di tanganku jatuh, dan dengan tidak disedari air mata membasahi pipiku……………..
3.      ………………. rupa-rupanya saya bermimpi

d.      Guru membincang rangka karangan bersama-sama murid. Murid menulis karangan berdasarkan rangka karangan tadi.

Semasa membuat latihan penulisan murid-murid tidak memikirkan tentang kandungan ,struktur atau gaya bahasa. Mereka mengikut arahan yang diberikan oleh  guru .Antara teknik-teknik yang boleh digunakan ialah
§         Karangan terkawal
§         Karangan berpandu
§         Teknik soal jawab
§         Teknik gabung ayat

Kaedah, teknik, alat bantu mengajar dan aktiviti yang dijalankan oleh guru berbeza bagi setiap kali pengajaran dijalankan. Ianya bergantung kepada subjek, tajuk ,  alam persekitaran dan  kebolehan murid itu sendiri.Contohnya untuk menulis karangan antara gambar tunggal dan gambar bersiri teknik antara keduanya adalah berbeza.


2.1.2     Pendekatan Pola- Perengganan

            Perenggan merupakan satu kumpulan ayat tentang isi atau idea yang sama. Dalam penulisan, pembinaan perenggan adalah penting untuk membahagikan isi yang ingin disampaikan. Setiap kali perubahan sesuatu isi atau fokus berlaku, kita perlu memulakan perenggan baru. Untuk menghasilkan  perenggan yang baik dan berkesan:

a.       Tentukan ayat-ayatnya berkait.
b.      Ada kesatuan dan pertautan isi.
c.       Kesatuan hanya dapat dicapai jika isi berkait sahaja dipilih.
d.      Pertautan pula dapat dicapai dengan menggunakan penanda wacana.

Contoh penanda:
Selain itu, tambahan lagi, di samping itu, juga, oleh yang demikian ,namun begitu ,seterusnya dan selanjutnya.

             Pendekatan pola-perenggan ini memberi keutamaan kepada ciri-ciri pembentukan perenggan yang baik dalam sesebuah karangan. Ini dapat melatih pelajar supaya berkeupayaan untuk memberikan pendapat dalam perenggan dengan kemas dan teratur. Oleh itu pelajar dapat  membentuk perenggan yang baik dan penyampaian isinya mengikut urutan.Pendekatan ini juga dapat membantu pelajar mengetahui cara-cara meringkaskan penulisan dengan baik.
            Antara latihan yang dapat diaplikasikan dalam pendekatan ini ialah ;
1.      Latihan menyusun ayat-ayat yang disediakan oleh guru dalam satu perenggan yang kemas.
2.      Latihan menyusun ayat-ayat yang diberikan oleh guru supaya membentuk sebuah karangan yang kemas yakni perenggan yang mengandungi ayat-ayat yang saling melengkapi bagi membentuk satu kesatuan.


Contoh :
Murid-murid dikehendaki menyusun ayat-ayat berikut supaya membentuk satu perenggan    memerihalkan ‘Wau Bulan’.
a.       Bentuk jenis wau ini menyerupai bulan sabit pada bahagian hadapan dan separa bulatan pada bahagian ekornya. Justeru, wau tersebut kelihatan seperti bulan yang terbit di angkasa apabila diterbangkan.
b.      Wau bulan merupakan antara jenis wau yang paling popular di Malaysia. Kepopularannya didominasi oleh rakyat pantai timur di Semenanjung Malaysia.
c.       Wau Bulan dikatakan telah bermula pada zaman kerajaan Srivijaya, yang mengikut legenda, mula digunakan oleh seorang putera bernama Dewa Muda.
d.      Dari segi saiznya, wau bulan dibentuk dengan saiz yang lebih besar berbanding wau lain. Bidang biasa adalah sepanjang 2.5 meter dengan tinggi 3.5 meter.
e.       Bentuk wau bulan ini menjadi lambang syarikat kepada Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).
3.      Latihan ini membolehkan murid-murid mengenalpasti isi-isi penting dan isi bantu dalam seseuatu perenggan.
4.      Latihan untuk memilih dan meninggalkan isi-isi untuk dimasukkan dalam satu perenggan.






Soalan 2
Pilih satu tajuk penulisan yang sesuai dan rangkakan satu model pengajaran berdasarkan kaedah bergambar dan carta. Penggunaan alat bantu mengajar atau audio visual yang sesuai perlu disertakan sebagai lampiran.

3.0       KAEDAH BERGAMBAR DAN CARTA
            Kaedah pengajaran merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dan berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih, dengan tujuan mencapai objektif pembelajaran dalam jangka masa pendek. Dengan kata lain kaedah pengajaran ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun.
            Penggunaan kaedah bergambar dan carta bermaksud penulisan yang dihasilkan adalah berdasarkan gambar yang dilihat dan dipamerkan.Gambar bersiri akan digunakan sebagai bahan bantu mengajar dan perisitiwa yang terdapat dalam gambar-gambar dijadikan bahan untuk murid-murid menyiapkan sebuah penulisan. Kaedah ini juga boleh dilaksanakan menerusi teknik penyampaian yang menggunakan slaid.
            Teknik slaid dapat menarik minat murid kerana menyeronokkan,ditambah lagi dengan iringan muzik yang bersesuaian.Contoh tayangan slaid tentang majlis perkahwinan,iringan irama muzik ialah muzik ialah  “selamat pengantin baru”.Namun teknik memerlukan peralatan tertentu seperti komputer , LCD dan speaker.
            Beberapa langkah menggunakan kaedah bergambar dalam menyampaikan pengajaran, antaranya :
1.    Gambar yang digunakan mestilah sesuai dan menarik sebagai ABM dan mengikut umur atau tahap murid.
2.    Guru mengarahkan murid-murid meneliti gambar yang dipamerkan dan meminta murid-murid memikirkan perkara-perkara yang dapat diperkatakan tentang gambar .
3.    Pelajar diminta mencatat isi-isi penting yang hendak diperkatakan berdasarkan gambar yang dilihat.
4.    Aktiviti sumbangsaran dijalankan, iaitu murid-murid diberi peluang untuk menyuarakan pendapat dan idea secara lisan, dan guru mencatat pada papan tulis, sambil menyemak kegramatisan ayat-ayat yang dikemukakan oleh murid-murid.
5.    Guru mengadakan sesi perbincangan dengan murid-murid tentang isi-isi yang dikemukakan dan membuat rumusan dan penyusunan isi-isi penting.
6.    Pelajar menulis berlandaskan perbincangan yang telah dilakukan.
Teknik carta aliran bermaksud guru mengedarkan atau menunjukkan sebuah cartaberdasarkan proses-proses penghasilan bahan atau produk.Teknik ini bersistematik mengikut kronologi peristiwa.Teknik ini hampir sama dengan teknik gambar bersiri. Peringkat-peringkatnya boleh ditunjukkan menggunakan penanda “ anak panah’’.
           










3.1                                           Rancangan Pelajaran Harian.

Penulisan                 :    Keperihalan

Tarikh                     :    01 Mac 2010

Masa                       :    8.00 pagi hingga 10.00 pagi

Kelas                      :    5  Bestari

Mata Pelajaran      :      Bahasa Melayu
Tajuk                     :     Penulisan- Keperihalan
Topik                     :     Adat Perkahwinan Melayu

 Objektif
Pada akhir pelajaran, murid dapat :
i.           Murid dapat menyoal dengan menggunakan pelbagai kata tanya untuk mendapatkan
Maklumat.
ii.          Pelajar dapat memberikan gambaran dan mengumpulkan isi-isi penting tentang tajuk
       karangan tersebut.
iii.        Pelajar  dapat menulis suatu karangan yang baik bertajuk “ Adat Perkahwinan Melayu
        Di Malaysia” dalam buku latihan penulisan.




Hasil Pembelajaran :
Fokus Utama:
6.1       Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks.
Aras 1
i).         Membaca dan mengecam isi-isi penting daripada pelbagai bahan bacaan

Fokus Sampingan :

1.2       Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila
Aras 1
i)                    Mengemukakan soalan dengan menggunakan kata tanya dan tanpa kata tanya untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

8.5       Mengenal pasti dan menggunakan penanda wacana yang sesuai  dalam satu perenggan atau antara   perenggan bagi  sesebuah karangan.
Aras
ii)                   Menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam ayat.

Kemahiran Bahasa   :    Mendengar , bertutur , membaca dan menulis.
Sistem Bahasa    :         Kosa kata : merisik, meminang, bertunang, akad nikah dan
                               persandingan

Pengisian Kurikulum :
·        Ilmu             :           Budaya, Pendidikan Islam
·        Penerapan Nilai       :           Kerjasama, Sopan-santun , Hormat-menghormati
·        Tatabahasa              :           Penanda Wacana dan Kata Tanya
·        Kemahiran Berfikir : Menjana idea dan menyenarai
·        Kajian Masa Depan :           1)  Pengumpulan maklumat – Proses Kilasan Persekitaran
2)  Ramalan dan Analisis – Roda Masa Hidup
·        Kemahiran Bernilai Tambah :
i.           Kemahiran Berfikir
ii.          Teknologi maklumat dan Komunikasi
iii.        Kemahiran Belajar Cara Belajar.
·        Kecerdasan Pelbagai :   Verbal-linguistik,Intrapersonal, Kecerdasan Muzik,
        Kecerdasan Imaginasi.
Pengetahuan Sedia Ada :          Murid pernah lihat suasana majlis perkahwinan
Bahan Bantu Mengajar  :           a.   Kaset dan radio
                                                b.  Gambar-gambar aktiviti/ slaid
                                                c.   Lirik Lagu
                                                d.  Lembaran Pengurusan Grafik
                                                e.  Lembaran Kerja
                                                f.   Sambungan Internet





LANGKAH / MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
Set Induksi
5 minit
Lirik lagu
“ Selamat Pengantin Baru” nyanyian Saloma

Lihat lampiran 1
1.      Guru memperdengarkan lagu dari komputer.
2.       Guru meminta murid menyatakan suasana yang berkaitan dengan lagu tersebut.
3.      Guru mengaitkan lagu ini  dengan tajuk pelajaran.

KBT : Budaya
           Melayu
KP : Muzik
BBB :
Komputer riba,
LCD
Langkah 1
( 10 minit )
 Tayangan slaid adat perkahwinan di Malaysia.
·        Adat akad nikah
·        Adat bersanding
·        Adat berinai
·        Peralatan perkahwinan-hantaran,bunga telur ,bilik pengantin.
·        Adat merisik

 Lihat Lampiran 2.



1.      Guru menayangkan slaid power point  berkaitan dengan adat perkahwinan orang Melayu.
2.      Murid-murid membaca perkataan yang terdapat di atas slaid.
3.      Guru dan murid-murid berbincang tentang adat-adat perkahwinan orang Melayu berdasar slaid tadi.

Ilmu : Budaya
KBT : Kemahiran belajar cara belajar.
KP:
Verbal-Linguistik
Nilai : bekerjasama
BBB:
Gambar adat perkahwinan/slaid,
Komputer riba, LCD




Langkah 2
( 20 minit )
Petikan teks
Lihat lampiran 3

Aktiviti  Kumpulan.
Kumpulan 1:
 Adat akad nikah.
Kumpulan 2 :
Adat bersanding
Kumpulan 3 :
Adat meminang dan bertunang.
Kumpulan 4:
 Adat merisik
Kumpulan 5:
Peralatan dan hantaran semasa majlis perkahwinan.
Lihat Lampiran : 2
Tatabahasa:
Kata Tanya
·        Apakah?
·        Siapakah?
·        Bilakah?
·        Bagaimanakah?


Soalan :
1.      Siapakah yang melakukan majlis akad nikah?
2.      Dimanakah majlis akad nikah di jalankan?
3.      Apakah tujuan adat merisik dilakukan?
4.      Sebelum majlis perkahwinan dijalankan,apakah persiapan yang dijalankan?
5.      Bagaimanakah sambutan majlis perkahwinan dijalankan?
1.      Guru meminta murid mengelik pautan yang telah disedia.

2.      Murid diminta meneliti petikan mengikut kumpulan masing-masing.
3.      Murid diminta berbincang mengikut kumpulan dan menyatakan isi-isi penting secara lisan.
4.      Murid-murid disarankan agar menggunakan kata tanya sebagai satu kaedah untuk mendapatkan isi-isi penting.
5.      Murid-murid akan menyoal antara satu sama lain dengan ahli kumpulan.




KBT: Kemahiran belajar cara belajar.

KBT: TMK
KP: Verbal-linguistik
Nilai : tekun, kerjasama.

BBB:
Petikan,
Slaid/gambar,
Komputer riba , sambungan internet.
Langkah 3

( 15 minit )
Mencatat isi-isi penting dalam borang pengurusan grafik yang disediakan.


Lihat lampiran : 4

1.      Guru mengedarkan borang pengurusan grafik kepada murid.
2.      Murid-murid diminta berbincang dalam kumpulan dan mencatat isi-isi penting di dalam borang pengurusan grafik yang diberikan.
3.      Wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan kumpulan di hadapan kelas.
4.      Guru menyemak isi-isi penting yang dikemukakan oleh murid

KBT :
KB-menjana idea dan menghubung kait.

Nilai : kerjasama
BBB:
Carta aliran

Penutup
(10 minit )


Tajuk Penulisan
 “Adat Perkahwinan Melayu di Malaysia”.
Pena

1.      Berdasarkan maklumat yang diperolehi dalam perbincangan, murid—murid diminta menyiapkan sebuah karangan berdasarkan tajuk yang diberi.
2.      Guru merumuskan pengajaran dan menghargai penglibatan murid.
3.      Guru memperdengarkan lagu “Selamat Pengantin Baru”

BBB:
Lirik lagu,
Komputer riba,
LCD

KP: Muzik












4.0       RUMUSAN
Tugas menulis merupakan aktiviti yang kompleks oleh sebab menulis dalam apa jua bahasa pun merupakan aktiviti mental yang kompleks dan melibatkan kemahiran menyelesaikan masalah serta kebolehan berkomunikasi. Tambahan pula, penulisan melibatkan kemahiran menulis untuk pelbagai tujuan dan konteks.
            Oleh yang demikian, kemahiran menulis bukan suatu yang bersifat tetap tetapi mampu membantu ke arah pemahaman pemikiran terhadap proses penulisan terutama dalam suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah contohnya keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan.

            Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peranan tulisan sangat penting kerana tulisan bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang. Tulisan berhubung rapat dengan membaca di mana kedua-duanya mementingkan teknik dan akal. Membaca tidak mungkin ada kalau tidak ada tulisan begitu juga sebaliknya.
           
Kadangkala, para pelajar kurang berupaya untuk membina lingkaran penulisan secara terangkum antara perkataan yang dipilih dengan ayat yang dihasilkan. Masalah ini disebabkan oleh  kecetekan dari segi pengetahuan perbendaharaan kata yang konstruktif dan tepat, dan kurangnya penegasan dari segi susun galur binaan wacana supaya kelihatan utuh dan sepadu sejajar dengan perkaitan semantik yang sepatutnya mendasari bentuk penulisan masing-masing. Ketidakupayaan ini akan menyebabkan persembahan idea dan maklumat seolah-olah kelihatan terencat. Oleh kerana itu, mutu persembahan dalam penulisan seolah-olah tidak berkembang dengan nyata mengikut lunas-lunas transisi dari aspek perkaitan semantik.
           
Peranan guru amat penting dalam membimbing murid-murid untuk menguasai kemahiran menulis. Beberapa kegiatan pembelajaran yang sesuai dijalankan oleh guru untuk meningkatkan kemahiran menulis. Antaranya,
            a.         Latihan imlak ,di mana pelajar dikehendaki menyalin dengan
betul ayat atau perenggan yang dipilih.

b.         Latihan menyusun semula bahagian-bahagian ayat supaya menjadi ayat
             yang betul tatabahasanya.
c.         Latihan mengatur semula sebilangan ayat supaya menjadi satu perengan
             yang tersusun dan logik.
d.         Penulisan karangan bergambar sama ada berdasarkan sebuah gambar
            atau satu gambar bersiri.
e          Penulisan surat biasa kepada guru, jabatan kerajaan, dan syarikat untuk
            pelbagai tujuan.
f.          Menulis rangka karangan yang tajuknya telah diberi.
g.         Menulis karangan berformat (laporan, perbahasan, syarahan, ceramah,
            dan sebagainya) berdasarkan tugas yang diberi.
h.         Menilai suatu karangan dari segi kekuatan dan kelemahannya.
i.          Mengenal teknik-teknik untuk menghasilkan sebuah karangan yang baik
            termasuk teknik membuat pendahuluan, huraian dan kesimpulan.
















Lampiran 1
Tajuk Lirik Lagu: Selamat Pengantin Baru
Selamat pengantin baru.                                                             MCj04382950000[1]
Selamat berbahgia.
Selamat ke anak cucu.
Selamat sejahtera.
Semoga berkekalan.
Semoga berpanjangan. 
Semoga satu tujuan.
Semoga aman.
Hidup mestilah rukun.
Sabar paling perlu…..
Cinta setiap hari……
Senyum mesti selalu.
Oh oh oh oh…..
( ulang rangkap 1 dan 3 )

                     MCj04391610000[1]                            
                                                                                                                                  
                                                                                                                        





    Lampiran 2
                      
                                                           Adat merisik

                                                  
                                                       
Adat Meminang dan Bertunang

                         ps2l8926a
   
                                              Majlis Akad Nikah       
          

                                                         Majlis Persandingan

                  
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 Hantaran Perkahwinan










                                                                                                                   Lampiran 3
Petikan :           ADAT PERKAHWINAN MELAYU
Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan. Bagi masyarakat Melayu, adat resam perkahwinan begitu dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat.
Adat pertama merisik dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya.
 Semasa merisik, wakil lelaki  akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan. Walau bagaimanapun adat merisik jarang dilakukan lagi kerana pasangan tersebut telah berkenalan terlebih dahulu, justeru itu mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa.
Adat kedua meminang. Peminangan akan dilakukan oleh ahli keluarga terdekat pihak lelaki. Adat ini dilakukan bagi menyatakan tujuan mereka yang sebenarnya secara rasmi. Saudara-mara kedua-dua belah pihak akan berunding untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk adat pertunangan. Di samping itu, perbincangan  berkenaan dengan hantaran dan jumlah rombongan yang akan datang untuk upacara pertunangan juga diadakan.
            Adat ketiga, bertunang. Pihak lelaki akan diwakili oleh ahli keluarga dan saudara mara terdekatnya untuk upacara bertunang. Pada majlis pertunangan beberapa hantaran yang terdiri daripada tepak sirih atau sirih junjung sebagai bingkisan utama, sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan lain-lain yang telah digubah akan diberi kepada pihak perempuan. Bilangan hantaran agak unik kerana jumlahnya ganjil iaitu samada lima, tujuh, sembilan, sebelas atau tiga belas, kerana jumlah genap dikatakan memberi implikasi yang tidak baik.  Acara kemuncak majlis pertunangan adalah adat sarung cincin di mana wakil pihak lelaki yang terdiri dari ibu atau saudara perempuannya akan menyarungkan cincin pertunangan atau cincin tanda ke jari manis gadis yang dilamar. 
Adat keempat, akad nikah. Akad nikah merupakan satu acara paling penting dalam perkahwinan masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam. Upacara ini dijalankan selepas segala perjanjian yang dikenakan kepada pihak lelaki telah dilaksanakan seperti wang belanja, mas kahwin dan barangan lain sepertimana yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Di dalam upacara akad nikah, bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya. Walau bagaimanapun, dia juga boleh mewakilkannya kepada tok kadi atau imam. Doa selamat akan dibaca sejurus selepas itu sebagai tanda kesyukuran kerana kedua-dua mempelai telah selamat diijabkabul. Selepas akad nikah, pengantin lelaki akan melakukan upacara membatalkan air sembahyang.
Adat keenam,majlis perkahwinan. Majlis perkahwinan juga dikenali sebagai hari bersanding. Ia merupakan kemuncak istiadat perkahwinan dan pada hari inilah pengantin digelar raja sehari. Pada hari tersebut, majlis diadakan secara meriah dengan dihadiri oleh sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai. Kedua-dua mempelai akan memakai dengan pakaian pengantin, lazimnya baju songket dan dihias indah dengan perhiasannya sekali. Pengantin perempuan akan diandam oleh mak andam sebelum majlis persandingan be
                                   
                                                                                                 







ADAT PERKAHWINAN MELAYU
 
Rounded Rectangle: ISI-ISI PENTING   Lampiran 4





















BIBLIOGRAFI
1 .        Dr Adenan Ayob (2009). HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu.
    Kuala Lumpur : Open University Malaysia.
2.         Juriah Long, Raminah Hj Sabran & Sofia Ahmad.(1990) Perkaedahan Pengajaran
     Bahasa  Melayu. Penerbit Fajar Bakti.Selangor.
3.         Kamaruddin  Hj .Husin (1994). KBSM Dan Strategi Pengajaran Bahasa.Kumpulan
                Budiman Sdn. Selangor.
4.           Raminah Hj.Sabran & Rahim Syam.(1985) Kaedah Pengajaran Bahasa  
         Malaysia.Penerbit Fajar Bakti.Petaling Jaya Selangor.
5.           http://www.dostoc.com
6.           http://www.buddysurvey4u.com
7.           http://www.pengantin.com.my
8.           http://www.scribd.com





1 comment:

  1. Terima kasih dengan perkongsian ini Cikgu Yazid.Info ini sangat berguna kepada saya.

    ReplyDelete