Friday 22 April 2011

TOKSIK

 ( a ) Mengenal pasti simptom-simptom jangkitan yang berkaitan dengan toksik

PENGENALAN
Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan. Manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan. Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan ini mengakibatkan kesan pencemaran. Masalah pembuangan bahan-bahan sisa bertoksik dan bahan-bahan yang tidak boleh reput seperti plastik, kaca dan aluminium melanda negara kita pada ketika ini. Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan manusia, sumber-sumber ekonomi dan kemandirian bumi.Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan ke atas alam sekitar, setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam.

1.1   DEFINASI TOKSIK
Toksik adalah apa-apa bahan buangan yang berupa cecair, pepejal atau gas yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan manusia, binatang dan alam sekitar secara amnya. Tahap toksik sesuatu bahan ditentukan dengan ujian makmal yang dikenali sebagai  Toxicity Characteristic Leaching  Procedure (TCLP).  
Menurut definisi yang digariskan oleh Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, toksik dimaksudkan sebagai bahan dan sediaan yang jika disedut atau dihadam atau menebusi kulit boleh mengakibatkan risiko kesihatan yang serius atau kematian. Sekiranya ia termakan; masuk dalam saluran pernafasan serta  memasuki ke dalam sistem tubuh manusia melalui:
  • Mulut
  • Sedutan/Pernafasan
  • Kulit atau mata.
Bahan toksik mengandungi bahan karsinogen.  Bahan ini meningkatkan peluang seseorang untuk mendapat penyakit kanser. Bahan toksik dikeluarkan oleh aktiviti industri seperti pembuangan bahan radioaktif oleh loji nuklear, sampah-sarap dari kawasan kediaman, logam berat dari kilang industri dan sisa racun rumpai/makhluk perosak dari aktiviti pertanian.  

1.2    SIMPTON-SIMPTON JANGKITAN  TOKSIK
Simptom-simptom jangkitan toksik biasanya tidak khusus. Beberapa sistem organ manusia mungkin terjejas pada satu masa bergantung kepada jenis bahan racun yang terbabit. Pesakit akan menemui ajal sekiranya saluran darah tersekat, penekanan fungsi pernafasan atau apabila mangsa tersedak dengan bahan racun yang masuk ke dalam paru-paru. Sebab utama kematian akibat keracunan ialah kesukaran bernafas.
Kanak-kanak yang mengalami keracunan akan mempunyai tahap asid yang tinggi dalam darahnya sekiranya punca lain tidak dapat dikenalpasti. Sekiranya kesukaran bernafas berlaku, keracunan harus disyaki terutama apabila pesakit seorang yang tidak siuman, pesakit dikenalpasti mengalami stres yang teruk, koma atau pesakit muda yang mengalami degupan jantung tidak menentu tanpa diketahui punca sebenar.
Semua toksik berpotensi untuk membahayakan kesihatan. Terdapat dua jenis jangkitan yang berkaitan dengan toksik iaitu Kesan toksik akut (serta-merta) dan Kesan toksik kronik (jangka panjang).

1.2.1    Pendedahan yang Teruk / Kesan toksik akut ( Acute Exposure )
Nama lain bagi kesan toksik akut adalah keracunan akut. Ia berlaku apabila kesan keracunan dapat dirasai dengan serta merta. Dalam keracunan akut, sejumlah racun yang banyak memasuki atau dihasilkan dalam badan dalam tempoh masa yang singkat (selama beberapa saat , minit , jam atau dalam masa sehari ) . Keracunan akut melibatkan keracunan makanan dan ubat-ubatan moden kerana dibuat daripada sintesis kimia. Pendedahan yang teruk berlaku apabila kesan keracunan dapat dirasai dengan serta merta melibatkan seseorang yang terdedah kepada ancaman toksik boleh mengalami cedera teruk atau menemui ajal dalam jangkamasa yang singkat. Sebahagian daripada Kesan Akut termasuklah: sakit kepala, pening kepala, loya, sakit dada, muntah, ruam, sakit otot, peluh keluar berlebihan, kekejangan otot, cirit-birit, sukar bernafas, mati dan pandangan kabur.
Kesan toksik akut terbahagi kepada kesan akut setempat dan kesan akut sistemik.
a.     Kesan akut setempat” racun perosak?
Kesan akut setempat merujuk kepada perubahan atau tindak balas yang berlaku pada bahagian badan tertentu apabila secara langsung telah bersentuhan atau terkena racun perosak. Kesan akut setempat boleh digambarkan dengan rasa menyakitkan seperti kering, kemerahan dan gatal pada mata, hidung, tekak dan kulit; mata berair serta batuk. Ataupun, ia boleh juga digambarkan melalui masalah kulit seperti kemerahan, gatal, rasa bahang/panas, ruam, melepuh dan keputihan. Simpton yang biasa dilihat akibat dari keracunan racun perosak adalah apabila kuku tangan dan kaki bertukar warna kepada hitam atau biru. Dalam keadaan yang lebih teruk kuku mungkin akan tertanggal.
b.    Kesan akut sistemik” racun perosak?
Kesan akut sistemik racun perosak berlaku apabila racun perosak telah memasuki tubuh dan memberikan kesan kepada keseluruhan sistem badan. Darah membawa racun perosak memasuki semua bahagian tubuh anda dan ini akan memberikan kesan terhadap mata, jantung, paru-paru, perut, usus, hati, buah pinggang, otot, otak dan urat saraf. Simptom-simptom bagi keracunan akut sistemik racun perosak dan sepantas mana racun tersebut akan meracuni anda bergantung kepada jenis bahan, panjang tempoh pendedahan, dan tahap toksik racun tersebut.



1.2.2  Pendedahan yang Kronik / Kesan toksik kronik ( Chronic Exposure )
 Kesan toksik kronik berlaku apabila kesan keracunan dari racun perosak tidak berlaku dengan serta merta. Kesan jangka masa panjang ini mungkin hanya berlaku sebulan atau mungkin juga bertahun-tahun selepas pendedahan terhadap racun perosak.
 Ia berpunca daripada pengumpulan sedikit demi sedikit racun yang tidak dapat dikeluarkan dengan cepat. Pendedahan yang kronik melibatkan seseorang itu terdedah kepada ancaman bahan toksik dalam jangkamasa yang lama secara berterusan. Kesannya juga boleh mengancam nyawa dan kesihatan seseorang. Salah satu kesan bahan toksik kepada kesihatan manusia ialah di mana ianya membawa kepada keracunan makanan. Kesan ini boleh dikenali sebagai pendedahan yang teruk kerana kesannya berlaku dalam jangkamasa yang singkat. Keadaan ini dapat dilihat dalam kes seorang pesakit yang termakan makanan yang dicemari oleh Racun Arsenik yang terdapat dalam racun makluk perosak seperti dalam sayur-sayuran atau buah-buahan. Ramai tidak sedar racun perosak meracun mereka. Kebanyakan simpton keracunan racun perosak adalah sama dengan masalah kesihatan yang lain. Simptom-simptom awal ialah pesakit mengadu sakit perut, muntah-muntah, cirit-berit, ruam dan pening. Selalunya orang tidak sedar bahawa mereka telah pun keracunan. Oleh kerana kebanyakan masalah ini tidak menunjukkan kesan secara serta merta, contohnya seperti gangguan saraf, hati, perut, sistem imun, kesimbangan hormon badan dan kanser.
Simptom-simptom jangkitan yang berkaitan dengan toksik juga boleh  dibahagikan kepada simptom gastrousus dan simptom neurologi .
1.2.3    Simptom gastrousus
Ia melibatkan penyakit radang lapisan perut dan usus . Simptom utamanya ialah sakit bahagian perut , loya , muntah dan cirit – birit . Simptom kerap muncul setelah satu - enam jam setelah tertelan bahan kimia beracun .


i   Simptom-simptom terhadap hati
Oleh kerana tubuh menggunakan hati untuk menguraikan bahan toksik agar menjadi bahan yang kurang merbahaya, hati sendiri akan dirosakkan oleh racun perosak. Ini boleh menyebabkan penyakit hepatitis toksik.
ii    Simptom-simptom terhadap perut
Muntah, perut memulas dan cirit birit adalah simptom yang biasa bagi keracunan racun perosak. Pendedahan kronik juga boleh membawa kepada masalah dalam perut yang serius. Ramai orang yang telah menggunakan racun perosak selama bertahun-tahun selalunya mengalami masalah mengambil makanan walaupun ia merupakan makanan yang biasa sahaja. Bagi individu yang pernah meminum atau menelan racun perosak ( sama ada secara sengaja atau tidak ) kerosakan pada bahagian perut adalah sangat dahsyat. Racun perosak akan menghakis dinding perut.
iii   Simptom-simptom terhadap sistem imun
Tindakbalas alahan adalah gangguan ke atas sistem pelalian badan. Ia merupakan tindakbalas badan terhadap bahan asing di dalam badan. Racun perosak mempunyai keupayaan yang berbeza-beza dalam menghasilkan tindakbalas alahan dan individu yang berlainan memberikan tahap tindakbalas yang berlainan juga. Sesetengah racun perosak telah disahkan boleh menganggu sistem pelalian badan dengan cara yang lebih merbahaya. Ia boleh melemahkan keupayaan badan dari menentang jangkitan penyakit. Ini bermaksud badan akan lebih mudah diserang penyakit. Ataupun, jika jangkitan penyakit telah pun berlaku, penyakit tersebut akan menjadi lebih parah dan sukar untuk disembuhkan.

iv   Simptom-simptom terhadap  hormon badan
Kajian ke atas haiwan menunjukkan bahawa racun perosak memberikan kesan ke atas pengeluaran hormon. Hormon adalah bahan kimia yang dihasilkan oleh organ seperti otak, tiroid, paratiroid, buah pinggang, kelenjar adrenal, zakar dan ovari, untuk mengawal fungsi badan yang utama. Sesetengah racun perosak menyebabkan hormon pembiakan mengeluarkan sperma pada jumlah yang kurang pada kaum lelaki atau perkembangan telur yang tidak sempurna pada kaum wanita. Sementara itu, sesetengah racun perosak boleh menyebabkan pembesaran kelenjar tiroid yang boleh membawa kepada kanser kelenjar tiroid.
1.2.4   Simptom neurologi /  Simptom-simptom  sistem saraf
Ia melibatkan sistem saraf dengan simptom utamanya seperti gangguan penglihatan , kebas-kebas dan lumpuh , kebingungan , halusinasi ( meracau ) dan koma . Simptom ini muncul setelah beberapa jam mangsa tertelan bahan racun seperti raksa dan cendawan beracun .
Banyak racun perosak yang digunakan di dalam sektor pertanian adalah sangat merbahaya kepada otak dan sistem saraf. Bahan kimia yang merbahaya kepada sistem saraf dikenali sebagai neurotoksin. Simptom penyakit otak organik disebabkan oleh racun perosak adalah seperti masalah hilang ingatan yang teruk, kesukaran untuk menumpukan perhatian, perubahan personaliti, lumpuh, kekejangan, tidak sedar diri dan koma.


( b ) Penyakit-pemyakit yang berkaitan toksik
2.1   Kanser
Antara bahan toksik yang boleh menyebabkan penyakit kanser ialah bahan yang mengandungi karsinogen. Bahan karsinogen merujuk kepada apa-apa bahan pepejal atau bahan radionuklei/radioaktif yang boleh merencatkan atau menggangu tumbesaran sel sihat di dalam badan manusia. Gangguan ini menyebabkan sel-sel tumbuh tanpa kawalan. Antara bahan yang mengandungi bahan karsinogen termasuklah asbestos dan asap rokok.
Pendedahan kepada punca-punca bahan toksik meningkatkan peluang seseorang itu mendapat penyakit kanser. Apabila sel ini sampai ke bahagian tubuh badan yang lain, ketumbuhan baru boleh terjadi di organ tersebut. Keadaan barah merebak ini adalah dikenali sebagai barah sekunder atau metastasis. Perkataan barah juga boleh digunakan dalam keadaan pertambahan sel yang tidak normal tetapi tidak diikuti dengan ketumbuhan atau tumor. Ini adalah seperti yang berlaku dalam penyakit yang melibatkan sel penghasilan darah iaitu penyakit leukimia.
Kanser adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan sel dalam badan. Biasanya, sel ini akan bertambah mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran badan dan pemulihan selepas berlakunya kecederaan. Namun ada kalanya sel ini bertambah secara tidak normal menyebabkan berlakunya ketumbuhan atau juga dikenali sebagai tumor.
Tumor boleh dikategorikan sebagai bukan barah (benign) ataupun barah (malignant). Tumor bukan barah tidak merebak ke bahagian tubuh badan yang lain. Barah pula terdiri daripada sel-sel barah yang sekiranya tidak dirawat boleh merebak ke bahagian tubuh badan yang terdekat. Kadangkala sel barah yang terpisah dari tempat asal (primer) ketumbuhan boleh bergerak dan merebak ke organ yang lain.
2.1.1    KANSER HATI
Dianggarkan seramai 378 lelaki dan 150 wanita bagi setiap 100,000 rakyat Malaysia menghidap penyakit kanser hati.
Kanser hati tersenarai pada kedudukan keenam penyakit kanser yang biasa ditemui di dunia dan merupakan punca ketiga kematian yang berkaitan dengan penyakit kanser. Lebih 600,000 kes kanser hati didiagnosis di seluruh dunia setiap tahun dan jumlah tersebut semakin meningkat. Di Malaysia, menurut laporan kedua Daftar Kanser Kebangsaan Mengenai Kejadian Kanser di Malaysia 2003 yang diterbitkan pada tahun 2004, kanser hati merupakan kanser ke-10 paling kerap ditemui dalam kalangan lelaki dan wanita.
Menurut konsultan dalam bidang onkologi klinikal di sebuah hospital swasta, Dr. Chong Kwang Jeat : “Dianggarkan seramai 378 lelaki dan 150 wanita dalam setiap 100,000 rakyat Malaysia menghidap penyakit kanser hati.” Hepatocellular carcinoma (HCC) merupakan bentuk kanser hati yang biasa ditemui dan bertanggungjawab untuk kira-kira 90 peratus kanser hati malignan utama dalam kalangan dewasa. Kanser hati di benua Asia Pasifik kian berkembang kerana bilangan tinggi jangkitan virus Hepatitis B kronik, yang kini memberi kesan kepada kira-kira 275 juta penduduk di benua itu.
Faktor risiko menghidap kanser hati termasuk jangkitan kronik virus Hepatitis B atau C yang berkait dengan sirosis; sirosis atau gangguan struktur hati normal oleh fibrosis dan pembentukan nodul yang disebabkan oleh pelbagai keadaan progresif kronik yang memberi kesan pada hati seperti penyalahgunaan alkohol, obesiti, diabetis dan penggunaan tembakau.
Pendedahan jangka masa panjang terhadap aflatoxin iaitu toksin yang dihasilkan oleh beberapa spesies fungus yang boleh ditemui pada kacang tanah, pepohon kacang dan benih berminyak; penggunaan steroid anabolik dalam jangka masa panjang dan air yang tercemar dengan arsenik juga merupakan faktor risiko HCC.
2.1.2   Cara mengawal
Mengamalkan cara pemakanan yang sihat berdasarkan piramid makanan. Capai dan kekalkan berat badan yang unggul melalui kaedah pemakanan dan juga dengan cara melakukan senaman berkala ataupun mengamalkan budaya hidup aktif. Bersabar dan tenang dalam menjalani kehidupan boleh mengelakkan tekanan

2.2    Penyakit Kulit
Racun kulat merupakan sejenis racun perosak yang paling banyak menyebabkan masalah kulit berbanding dengan jenis-jenis racun perosak yang lain. Walau bagaimanapun, racun rumpai, racun serangga dan penyemburan juga dilaporkan turut menjadi penyebab kepada masalah kulit. Racun perosak adalah bahan toksik yang boleh diserap ke dalam badan melalui liang kulit. Kulit dalam proses itu akan turut dirosakkan oleh bahan tersebut. Kadang-kadang tindakbalas kulit ditunjukkan dalam bentuk alahan terhadap racun perosak atau komponen-komponen tertentu yang terdapat di dalam campuran tersebut. Kulit akan memberikan tindakbalas yang kuat walaupun ia didedahkan kepada bahan tersebut dalam jumlah yang sedikit. Pendedahan kepada cahaya matahari boleh memburukkan lagi keadaan sesetengah masalah kulit.
2.2.1   Cara mengawal
Untuk mengatasi hal ini , pembersihan kulit tidak bersifat iritatif atau melukai permukaan kulit perlu dilakukan secara rapi. Alat pelindung yang tepat perlu diamalkan setiap kali menjalankan tugas untuk pencegahan dari berlakunya jangkitan toksik.

2.3.   Penyakit Jantung dan Tekanan Darah Tinggi
Toksik yang melekatkan di dalam darah akan menjejaskan kelancaran perjalanan darah. Ia menyebabkan jantung bekerja lebih kuat untuk melancarkan perjalanan darah yang melalui saluran yang tersumbat. Ia akan mengakibatkan pembesaran jantung, sementara tekanan ke atas saluran tersumbat akan mengakibatkan tekanan darah tinggi. Di samping, buah pinggang dan sistem endoktrin dalam usaha membersihkan toksik akan merembes pelbagai jenis kimia yang menyebab terjadinya tekanan darah tinggi.

2.3.1   Cara mengawal
a.    memeriksa tekanan darah secara berkala sekurang-kurangnya 2 kali setahun atau lebih kerap                                                    bergantung  kepada kadar tekanan darah .
b.   tidak merokok - narkotin dalam rokok boleh mengakibatkan jantung berdenyut lebih cepat    dan menyempitkan saluran salur nadi halus menyebabkan jantung terpaksa mengepam dengan lebih kuat bagi memenuhi  keperluan badan anda.
c.   kurangkan pengambilan garam - garam berlebihan dalam darah boleh menyebabkan lebih   banyak air terpaksa  disimpan di dalamnya dan ini mengakibatkan tekanan darah menjadi    tinggi.
d. kurangkan lemak - lemak berlebihan akan terkumpul di sekeliling salur nadi dan   menjadikannya tebal dan   kejang
e.      kekalkan berat badan unggul
f.      bersenam secara berkala dan elakkan pengambilan alkohol.
2.4   Jangkitan Saluran Pernafasan
Debu dan habuk yang berterbangan di udara boleh memasuki saluran pernafasan dan menyebabkan jangkitan pada paru-paru.  Misalnya pekerja yang bekerja di kilang yang mengeluarkan debu dan habuk seperti kuari, terdedah kepada ancaman debu dan habuk. Sekiranya seseorang pekerja itu tidak mengambil langkah-langkah pencegahan seperti menggunakan alat perlindungan diri, mereka boleh terdedah dengan ancaman jangka panjang risiko tersebut. Bendasing yang terkumpul ini boleh menyebabkan jangkitan pada paru-paru dan salah satu simptomnya ialah pneumonia.
2.4.1   Cara mengawal
Menggunakan alat perlindungan diri seperti   “mask” serta memakai pakaian yang sesuai supaya pendedahan kepada debu atau habuk dapat dikurangkan ke tahap yang paling rendah. Membersihakan diri serta berpakaian bersih sebelum meninggalkan tempat kerja perlu diamalkan.

( c ) Rawatan dan bantuan kepada pesakit akibat bahan toksik
3.1   Rawatan dan Bantuan
Prinsip utama apabila menghadapi penyakit atau masalah kesihatan ialah mendapatkan rawatan dengan segera. Tetapi sebelum sesuatu rawatan diberikan kepada seseorang pesakit, pemeriksaan atau diagnosa penyakit hendaklah dilakukan oleh doktor perubatan yang bertauliah. Sesetengah penyakit yang berkaitan dengan ancaman dan pendedahan kepada bahan toksik menunjukkan tanda dan simptom  yang cepat tetapi terdapat juga  yang tidak menunjukkan sebarang tanda. Oleh itu, amatlah penting membuat pemeriksaan kesihatan di  klinik/hospital oleh personel perubatan yang terlatih dan bertauliah sahaja.   Namun begitu, pencegahan lebih baik dari rawatan. Dalam mengelakkan penyakit atau masalah kesihatan yang berpunca daripada kesan bahan toksik, langkah-langkah pencegahan amatlah penting. Langkah-langkah ini termasuklah mengendalikan bahan-bahan toksik dengan teliti.       
3.1.1    Rawatan keracunan
Antara pendekatan rawatan keracunan ialah bantuan sokongan yang bertujuan menstabilkan keadaan mangsa diikuti pengeluaran racun daripada perut , usus di samping pada kulit dan mata. Pendekatan seterusnya ialah pemberian penawarnya jika ada , penyingkiran bahan beracun yang telah diserap oleh tubuh dan rawatan sokongan serta pemerhatian . Ia termasuk pengenalpastian sistem jantung , pernafasan , peredaran darah dan aliran udara berfungsi dengan sempurna. Tindakan yang boleh diambil untuk menangani keracunan bergantung kepada kaedah pendedahan kepada keracunan .

3.1.2  Rawatan  kanser hati
Secara amnya, kanser dirawat dengan menggunakan kaedah kemoterapi dan radioterapi. Rawatan barah adalah bergantung kepada jenis barah, bahagian anggota tubuh yang dihidapi barah dan juga sekiranya barah telah merebak. Malah faktor jenis rawatan barah ini juga dipengaruhi oleh umur pesakit. Kebanyakkan barah dirawat secara pembedahan, radioterapi (terapi sinar-X) atau kemoterapi. Kemoterapi adalah ubat-ubat yang digunakan untuk merawat barah dengan cara membunuh sel barah. Ubat kemoterapi ini berfungsi dengan cara menghalang sel barah daripada terus membahagi dan bertambah. Sel barah tersebut akhirnya rosak dan mati. Memandangkan ubat tersebut disuntik ke dalam darah, ubat tersebut juga boleh membunuh sel barah di bahagian tubuh yang lain.
Ubat kemoterapi yang berlainan mempunyai kesan yang berbeza terhadap sel barah. Oleh yang demikian gabungan beberapa ubat mungkin digunakan untuk memberi kesan rawatan yang terbaik. Namun begitu, ubat kemoterapi ini turut memberi kesan kepada sel-sel badan yang normal dan ini menyebabkan beberapa kesan sampingan terjadi. Berbeza dengan sel barah, sel yang normal boleh bertambah dengan kadar segera menyebabkan kesan sampingan yang berlaku hanyalah bersifat sementara. Malah kesan sampingan ini akan hilang sebaik sahaja rawatan kemoterapi tamat.
Menurut Pengarah Jabatan Perubatan Dalaman Universiti Mainz, Jerman, Prof. Dr. Peter Galle, bahawa jumlah kematian disebabkan oleh penyakit tersebut terus meningkat. Sebelum ini, para pesakit pada peringat terakhir penyakit ini tidak mempunyai pilihan rawatan efektif dan mungkin meninggal dunia dalam masa setahun selepas diagnosis. Dengan sorafenib, kini mempunyai peluang untuk melanjutkan kadar survival pesakit sehingga lebih 44 peratus. Sorafenib merupakan terapi pertama dan satu-satunya ubat rawatan oral antikanser untuk penghidap HCC.Setakat ini, ia merupakan satu-satunya ubat yang memperbaiki kadar jangka hayat penghidap HCC di peringkat lanjut.
Ubat oral tersebut adalah salah satu kelas terbaru terapi kanser yang berfungsi dengan mensasarkan dan menghalang protein yang menghantar isyarat dalam sel. Ini seterusnya menghentikan penambahan bilangan sel tumor dan juga memotong bekalan darah terhadap ketumbuhan tersebut. Pengambilan sorafenib mempunyai kesan sampingan yang boleh dirawat termasuk reaksi kulit pada kaki dan tangan seperti kemerah-merahan dan masalah cirit-birit.

3.2    Kes-kes pesakit akibat jangkitan toksik
3.2.1  Pencemaran air di Negeri China
Pencemaran tersebut berlaku di bahagian utara Negeri China, Shaanxi province  pada bulan Ogos 2009. Seramai 851 kanak-kanak didapati mempunyai tahap kandungan plumbum yang tinggi dalam kandungan darah mereka tersebut  telah dikenalpasti berpunca dari sebuah syarikat pembuat bateri  asid plumbum iaitu Dafeng Shengxiang Battery Co. Kilang tersebut hanya 100 meter dari Kampung Hekou dimana penduduk mula mengadu sakit kepala dan muntah-muntah terutamanya kanak-kaanak sejak bulan ogos 2009. Kilang tersebut telah diarahkan berhenti beroperasi dan di pindah ke tempat lain.
Mengikut Gao Linyu, emak kepada mangsa berumur 4 tahun, kandungan darah anaknya mempunyai kandungan plumbum yang tinggi iaitu hamper 364 mg perliter ( mg/l ) berbanding kandungan normal iaitu  0 – 100 mg/l.  Keadaan kesihatan manusia akan terjejas apabila ianya melebihi 200 mg/l.
Kelebihan kandungan plumbum darah dalam tubuh seseorang akan menjejaskan sistem saraf dan kemandulan dan kecacatan fetus ; meningkatkan tekanan darah dan anemia dan kes yang lebih serius boleh mendatangkan koma dan membawa maut.
Andy Wong/Associated Press
Villagers waited with their children on Tuesday for blood tests at a school in Shaanxi province, in north-central China, where 851 children living near the nation's fourth-largest smelter have tested positive for lead poisoning since early August.

3.2.2   Ancaman Cyanide Yang Digunakan Dalam Proses Pemisahan Emas
Cyanide merupakan sejenis bahan kimia yang bahaya kepada kesihatan manusia dan ia akan mengakibatkan keguguran bayi dalam kandungan. Orang yang didedahkan kepada bahan kimia ini akan menghadapi penyakit sakit kepala, nausea, kesusahan untuk bernafas, kekeliruan, seizures, koma and penyakit jantung.
Beberapa kajian terhadap cyanide membuktikan bahawa penggunaan cyanide secara meluas telah menjejaskan kesihatan ramai orang di Kanada, Romania, Guyana, Kyrgyzstan dan Papua New Guinea.
1. Lombong Emas Kumtor, Kyrgyzstan, Asia Tengah, 1998: Sebuah trak membawa 2 tan natrium cyanide terjunam ke dalam Sungai Barskoon. 2600 kes keracunan cyanide dan 4 kematian berkaitan sianida dilaporkan selepas kemalangan itu.
2. Lombong Emas Aural, Romania, Eropah Timur, 2000: Deretan kenderaan pengangkut yang penuh dengan cyanide telah mengakibatkan berlakunya tumpahan cyanide dan bahan logam yang mengalir ke Sungai Tisza dan seterusnya ke Danube, membunuh hidupan liar akuatik dan mencemarkan sumber bekalan air bersih sejauh 250 batu ke hilir sungai.
3. Pada bulan Mei 1998, sebanyak 6 ke 7 tan cyanide daripada deretan kenderaan pengangkut cyanide telah tumpah dari Lombong Homestake ke Whitewood Creek yang terletak di Black Hills, South Dakota, mengakibatkan kematian ikan-ikan dalam jumlah yang amat besar.
[ancaman+2.JPG]
Rumusan
Malaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta maju dalam pelbagai bidang. Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu,ramai yang tidak menyedari bahawa ia juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar. Kegiatan-kegiatan perusahan atau perkilangan asap-asap menyebabkan pencemaran udara dan pembuangan toksik menyebabkan pencemaran air. Selain itu,kegiatan pembangunan dan penerokaan hutan telah mengganggu sistem ekologi bumi dan mengakibatkan hakisan tanah. Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan pencemaran alam, seperti kegiatan pengangkutan yang mencemarkan udara dan air, kegiatan perladangan dan sebagainya.
Sebenarnya, punca utama kemusnahan alam sekitar adalah rekaan manusia yang tidak mempunyai nilai peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat. Sayang pada alam sekitar, patuh kepada undang-undang, bertanggung jawab, boleh membuat pertimbangan. Maka,manusialah yang perlu rasional menangani keadaan ini.
Rujukan
Mohd Noorazam Abdul Razak  (2009), HBHE3203 Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran, Kuala Lumpur: Meteor Doc. Sdn. Bhd
Jurnal
Proposed Interim National Water Quality Standards for Malaysia - Department of Environment (Malaysia)
Apakah Makanan Anda Beracun? - Salina Bil 120, Jun 1985.
www.kpdnkk.gov.my/inde
http://www.wilso
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0117&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_04.htm
peoplescaravan.net/uploads/media/Health_module_BMalaysia.pdf
www.timesonline.co.uk/tol/news/world/asia/article6803031.ece

No comments:

Post a Comment