Thursday 7 April 2011

Rasuah Menurut Islam

 Rasuah adalah harta yang diperolehi kerana terselesainya suatu kepentingan manusia (baik untuk memperolehi keuntungan mahupun untuk menghindari kemudharatan)  yang sepatutnya wajib diselesaikan tanpa imbalan.
i dalam sesuatu keadaan orang beranggapan bahawa rasuah hampir sama dengan upah sehingga ada sesetengah orang menyatakan bahawa ' INI BUKAN RASUAH TAPI UPAH'
Pengharaman rasuah adalah jelas berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman yang bermaksud,
  " Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui." ( Al-Baqarah : 188 )

Oleh itu fikirlah bahawa kita hidup di dunia ini hanya sementara. Segala jawatan,anak, isteri, harta dan segala-galanya adalah pinjaman sementara untuk menuju ke alam yang kekal abadi....

BERSAMA LAKUKAN PERUBAHAN: PERANGI RASUAH

No comments:

Post a Comment